CHAPTER 1
APA ITU KESIHATAN PERSEKITARAN ?
DEFINISI(PERSEKITARAN)
Definisi persekitaran ini adalah persekitaran di mana sesuatu wujud atau berlaku . Kesihatan persekitaran boleh terbahagi dalam beberapa aspek . Antaranya ialah :
- Fizikal
- Biologi
- Budaya sosial
DEFINISI(KESIHATAN)
Definisi kesihatan adalah keadaan yang sempurna dari segi fizikal , mental , rohani dan sosial .
ELEMEN PERSEKITARAN
Elemen persekitaran terbahagi kepada empat elemen . Antaranya ialah:
- Kimia
- Fizikal
- Psikososial
- Biologi
Kimia
- Pencemaran udara sisa toksik , racun perosak dan pelepasan industri .
Fizikal
- traffic , radiasi , bunyi , cahaya dan getaran
Psikososial
- Tabiat , agama , pendidikan dan gaya hidup .
Biologi
- mikrob , mikroorganisim , tumbuhan beracun , haiwan dan lain-lain .
Penentu kesihatan adalah pelbagai faktor dari segi peribadi , sosial , ekonomi ,atau alam sekitar yang menentukan status kesihatan dan populasi . dalam erti kata yang mudah , penentu kesihatan adalah satu faktor yang mempengaruhi kesihatan individu dan masyarakat .
Kualiti kesihatan kita bergantung pada persekitaran .Baik atau tidak sesuatu alam sekitar itu , kedua-dua akan memberi kesan terhadap kesihatan seseorang .
Kita juga boleh melakukan pendekatan sistematik seperti mengenal pasti sumber bahaya . Selain itu , menilai masalah dengan menentukan laluan pendedahan seperti membuat kempen-kempen kesedaran kepada masyarakat setempat . Seterusnya , mengkaji dan menitikberatkan kesan-kesan yang berlaku terhadap kesihatan seseorang . Di samping itu , kita harus mengambil langkah awal dengan melakukan beberapa kawalan untuk mengelakan sesuatu jenis penyakit semakin berleluasa .
Kesimpulannya , kesihatan persekitaran adalah sesuatu perkara yang menarik . Ia mengkaji faktor-faktor dalam persekitaran dan memahami kesan terhadap kesihatan masyarakat . Selain itu , berpotensi menyelesaikan masalah melalui pelaksanaan pendekatan yang sistematik bagi masalah yang tertentu . Kesihatan persekitaran memberikan sumbangan asas kepada penyelenggaraan dan peningkatan kesihatan awam dan juga meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan .
(All these note based on our lecturer , Sir Mohd Jamalil Azam.)
SOURCE :
Eco And Recycling The Future of the Planet Display Banner - Eco and Recycling, environment
No comments:
Post a Comment