CHAPTER 2
PROFESION ALAM SEKITAR DI MALAYSIA
Di dalam topik ini saya telah belajar mengenai mengkaji sejarah profesion alam sekitar di Malaysia . Selain itu , saya dapat mengenal pasti peranan dan tanggungjawab pengawai kesihatan persekitaran . Di samping itu juga , saya dapat mengetahui jenis kerja atau cabaran sebagai pegawai kesihatan persekitaran .
Profesion kesihatan persekitaran adalah sangat sinonim dengan disiplin kesihatan awam di Malaysia . Ia telah dimulakan pada tahun 1870 apabila Lembaga Sanitari dan Perbadanan perbandaran telah ditubuhkan oleh pemerintah British . Pada masa itu , keutamaan penguatkuasa adalah tanpa mengabaikan aspek lain seperti bangunan , pelupusan sisa pepejal , sistem pembentung , kebersihan makanan , kawalan berjangkit dan bekalan air .
SEJARAH PROFESION KESIHATAN PERSEKITARAN DI MALAYSIA
SEJARAH PROFESION KESIHATAN PERSEKITARAN DI MALAYSIA
- Pada tahun 1921-1958 latihan pemeriksaan kesihatan (HI) telah dijalankan di King Edward College of Medicine di Singapura . Latihan itu dilakukan untuk mendapatkan diploma dari Royal Society of Health London .
- Pada tahun 1958 pula latihan telah dipindahkan ke Tanah Melayu yang baru merdeka dan dijalankan di Health Inspectors Training Institute di Young Road, Kuala Lumpur .
- Latihan Inspektor Kesihatan kemudiannya beralih ke Public Health Institute, Bangsar Road di Kuala Lumpur pada 1967 .
- Pada tahun 1998 , ijazah tempatan pertama program kesihatan dan alam sekitar telah dipelopori oleh Universiti Putra Malaysia .
- Persatuan Kesihatan Persekitaran memainkan peranan penting kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk perubahan dalam tatanam Inspektor Kesihatan Alam Sekitar . Pada tahun 2002 dikenali sebagai Pegawai Kesihatan . Kementerian Kesihatan telah mencadangkan supaya pemegang diploma dikenali sebagai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran .
- Universiti Kebangsaan Malaysia telah memulakan program pertama Ijazah Sarjana Muda Kesihatan Persekitaran pada tahun 2004 . Tahun 2005 pula Master pertama dalam program Kesihatan Persekitaran telah diperkenalkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia .
- Selain itu , jawatan Pegawai Kesihatan Persekitaran telah ditubuhkan secara rasmi di Kementerian Kesihatan dan Kerajaan Tempatan dalam tahun 2005 .
TANGGUNGJAWAB PELATIH KESIHATAN PERSEKITARAN
- Membuat lawatan rutin atau tak dirancang dan pemeriksaan untuk memastikan pematuhan terhadap kesihatan .
- Mengambil tindakan untuk perbaikan keadaan .
- Menyiasat aduan orang ramai .
- Menjalankan kebersihan makanan dan pemeriksaan kualiti makanan.
- Menyiasat wabak penyakit berjangkit dan mencegah penyakit itu tersebar .
- Mengadakan ceramah terbuka kepada masyarakat .
- Memastikan pematuhan melalui pendidikan nasihat dan penguatkuasaan .
Selalunya tugas berbeza-beza mengikut sama ada kita berurusan dengan semua isu-isu alam sekitar atau pakar bidang tertentu . Walaubagaimanapun , terdapat beberapa aktiviti biasa seperti :
Source images : google
PERANAN UTAMA
Peranan utama pegawai dan penolong pegawai kesihatan persekitaran ini adalah menjalankan pendekatan pencegahan primer atau strategi ke arah penduduk untuk menyediakan persekitaran yang kondusif dan masyarakat yang sihat . Selain itu , melindungi dan meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup individu dan masyarakat .
PERANAN KHUSUS
Terdapat beberapa peranan khusus yang dapat saya kemukan . Antaranya ialah membuat perancangan yang berkaitan dengan kebersihan alam sekitar dan bekalan air masyarakat luar bandar . Aktiviti yang berkaitan dengan kebersihan dan keselamatan juga dijalankan . Selain itu , mengendalikan aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit dan penyakit kronik . Di samping itu , kawalan penyakit bawaan vektor juga dilaksanakan . Penguatkuasa kelakuan dan pendakwaan undang-undang kesihatan awam . Akhirnya , menjalankan aktiviti umum termasuk menyiasat kacau ganggu awam , pelupusan sisa pepejal , minuman kawalan kualiti air dan lain-lain .
UNIT-UNIT TERLIBAT
Kriteria
KEADAAN BEKERJA SEBAGAI PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
PERANAN KHUSUS
Terdapat beberapa peranan khusus yang dapat saya kemukan . Antaranya ialah membuat perancangan yang berkaitan dengan kebersihan alam sekitar dan bekalan air masyarakat luar bandar . Aktiviti yang berkaitan dengan kebersihan dan keselamatan juga dijalankan . Selain itu , mengendalikan aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit dan penyakit kronik . Di samping itu , kawalan penyakit bawaan vektor juga dilaksanakan . Penguatkuasa kelakuan dan pendakwaan undang-undang kesihatan awam . Akhirnya , menjalankan aktiviti umum termasuk menyiasat kacau ganggu awam , pelupusan sisa pepejal , minuman kawalan kualiti air dan lain-lain .
UNIT-UNIT TERLIBAT
- Undang-undang dan Inspektorat
- Kawalan penyakit berjangkit
- Kawalan penyakit bawaan vektor
- Keselamatan dan kualiti makanan
- Bekalan air dan kebersihan alam sekitar
- Integriti
- Akaunbiliti
- Inovatif
- Cemerlang
- Berkualiti
Terdapat juga kriteria yang wajib ada . Antaranya ialah :
- Komunikasi yang berkesan
- Kerjasama
- Kepimpinan
- Berfikirab kritikal
- Membuat keputusan
- Keras hati
- Suka bekerja luar
- Boleh bekerja dalam persekitaran yang tegang
PERSATUAN KESIHATAN ALAM SEKITAR
source images : google
source images : google
- The Association of Health Inspector Malaysia (AHIM) telah didaftarkan pada tahun 1978 . AHIM telah bergabung dengan International Federation of Environmental Health (IFEH) di Bournemouth, UK pada 25 September 1985 . Pada tahun 1989 telah didaftarkan sebagai Malaysian Association of Health Inspector (MAHIR) . Setelah itu , MAHIR telah dinamakan semula sebagai The Association of Health Inspector Malaysia (MAEH) pada tahun 1994 .
KEADAAN BEKERJA SEBAGAI PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
No comments:
Post a Comment